Monday, November 10, 2008

Madah Pelangi buat As

Sekian lama menanggung kesakitan, Pelangi merasakan maut semakin hampir. As saja tempat baginya mengadu kesakitan. As memahami apabila setiap kali telefon bimbitnya berdering. Kadang-kadang terasa hidupnya tiada erti lagi hingga fikirannya ingin saja menamatkan sendiri penderitaan yang tiada penghujungnya....Airmata menjadi teman setianya hinggakan matanyapun semakin kabur. Boleh dikatakan seluruh badannya diserang kesakitan dan kekejangan sentiasa dan kini zikirnya dalam hati menjadi peneman Pelangi. Pelangi cuma dapat bertahan apabila As membacakan ayat suci Al-Quran melalui telefon.....
Biar di dunia kita dihina namun di akhirat kita mendapat balasan baik dari Allah s.w.t. Sesiapa yang menganiayai orang di dunia, dia tidak akan terlepas dari azab di akhirat. Begitulah As mengingatkannya...As banyak membantunya tapi harapannya untuk hidup kadang-kala tergugat jua. Pelangi cuma boleh baring tapi tidak dapat tidur sekian lama. Begitu juga perutnya juga terpaksa menahan lapar beberapa hari apabila terlalu sakit dan tidak dapat bergerak. Sekali-sekala As membeli makanan untuknya jika tidak sibuk dengan kerjanya.
Pelangi terasa sarafnya telah putus sebab beliau sukar untuk bergerak.As terlalu banyak menerima madah Pelangi yang mengharukan melalui SMS menyebabkan dia turut bersedih dengan penderitaan yang dilalui Pelangi... Apakan daya As untuk menyelamatkan Pelangi .., terlalu sukar dengan keadaannya yang tidak boleh bergerak. As telah berpesan kepada Pelangi agar jangan lupa mendengar bacaan Surah Yassin dan kalimah syahadah. Setiap yang hidup pasti akan mati akhirnya....
As menerima madah terakhir Pelangi...Zikirku tak pernah berhenti tapi nafasku akan terhenti. Permintaanku padamu As apabila ku mati letakkanlah sejadah ke atasku sebelum dikebumikan dan janganlah menangis atas pemergianku...Akanku korbankan diriku agar semua orang akan gembira dan senang hati. Tidak pernah ku berdendam kepada sesiapa biarpun orang membenciku...Cintaku padamu sampai ke akhir hayatku. Terima kasih As kerana membuat diriku merasakan kasih-sayangmu biarpun sementara...Tiada orang menyangiku sepertimu...Sungguh mahal nilainya kasih sayang. Ku merasakan tidak dapat bertahan lama...Sampai hati mereka dan begitu kejamnya mereka menganiayai diriku
......Bahagian dalamanku telah kejang begitu teruk...Rasanya tiada penawar lagi. Hakikatnya diriku telah kalah...buntu dan tiada jalan keluar. Sayang maafkanlah diri ini sebab telah tidak dapat bertahan lagi...
Pelangi telah dapat menerima hakikat nasib dirinya walaupun pada mulanya dia takut, resah, dan kecewa. Benarlah apa yang guru tariqatnya katakan padanya dulu bahawa dia tidak akan terlepas dari sumpahan itu....Demi kesejahteraanmu As, akanku tukarkan nyawaku sendiri. Semua bebanan kan hilang dan hutang akan terlangsai. Senyumlah kerana kasih sayang terlindung di sebalik redup wajah....Sayu hatiku akan gembirakan hidupmu... Izinkanlah...
Ku lakukan dengan suci hati dan bilaku telah tiada , kehidupan akan berubah...Teruskanlah kerana ku selalu ada di sisimu.....