Friday, October 31, 2008

DIARI CINTA PELANGI

Bicara Pelangi dalam diari cintanya begitu mengharukan. Baginya As merupakan wanita pertama yang sebenar dicintainya. As adalah cahaya hidupnya yang banyak memberi kekuatan dan semangat kepadanya bagi mengharungi dunia perkahwinan yang bagaikan neraka. Perkahwinan Pelangi yang dulu bukan atas dasar cinta tapi dipaksa bekas isterinya dan tidak direstui oleh aruah ibunya. Masih teringat lagi kisah lamanya semasa perkahwinannya dulu. Biarpun begitu Pelangi cuba berbuat baik dan menyayangi isterinya namun akhirnya barulah dia sedar dirinya hanya diperalatkan saja. Dia perlu patuh setiap arahan isterinya. Wang simpanannya yang berpuluh ribu digunakan untuk membina rumah mereka di atas tanah abang bekas isterinya dulu tidak dapat menginsafkan bekas isterinya yang suka memarahinya. Malah selepas itu Pelangi dihalau keluar dari rumahnya sendiri hinggakan dia terpaksa membawa anak-anak dan bekas isterinya itu tinggal di rumah peninggalan ibubapanya di kampung. Isterinya dulu pernah memukul, mencaci, menghina dengan sesuka hatinya apabila kehendaknya tidak dituruti. Pelangi terpaksa bersabar walaupun dia merasakan diperbodohkan dan dianiayai, dia tidak pernah memarahinya semata-mata mengenangkan anak-anaknya yang sedang bersekolah. Sebaliknya rumahtangga Pelangi yang retak hanya menanti musnah itu musnah jua akhirnya. Pernah isterinya keluar dengan lelaki lain tapi dia tidak berkuasa untuk bersuara dan bertindak. Terasa dirinya berat dan malas untuk menegur perbuatan isteri ketika itu. Bukan itu saja, malah isterinya pernah mengugutnya bahawa hidupnya tidak akan bahagia dengan mana-mana wanitapun. Hanya Allah saja yang tahu penderitaan yang dihadapi oleh Pelangi hinggakan ada orang mengingatkannya bahawa isterinya yang nusyuz itu perlu diberi teguran dan pengajaran. Ada juga orang memberitahu bahawa Pelangi telah dikenakan ilmu hitam oleh isterinya tapi dia hanya mampu mendengar. Mungkin juga ada yang akan membaca lalu ketawa sebab tidak percaya Pelangi dianiayai dan dipukul oleh isteri tetapi mereka-reka cerita seperti kebanyakan lelaki yang sudah jemu dengan isteri masing-masing. Bagi Pelangi dia tidak kisah apa tanggapan orang terhadapnya lagi kerana terlalu tersiksa atas sikap isterinya. Pelangi cuba bersabar atas sikap isterinya yang panas-baran dan tidak menghormatinya sebab mengenangkan anak-anaknya itu. Kesabarannya ada hadnya dan akhirnya dia tidak mahu menjadi lelaki dayus apabila terpaksa memberi pilihan kepada isterinya agar tidak meninggalkan rumahnya pada satu hari atau jatuh talak satu jika berbuat demikian....Jodoh pertemuan dan perpisahan di tangan Tuhan.. Akhirnya kedegilan atau perbuatan yang disengajakan oleh isterinya itu telah menamatkan perkahwinannya itu. Kini sudah satu tahun mereka berpisah tapi si isteri cemburu dengan perhubungan Pelangi dengan As malah ada orang telah menganggapnya sudah gila talak. Bekas isterinya sanggup menyebarkan fitnah kepada keluarga As bagi memusnahkan kehidupan Pelangi dan As.
Airmata Pelangi begitu murah akibat kesan fitnah yang ditaburkan.
Begitulah hakikat cinta Pelangi dan As yang murni terpaksa mengharungi cabaran dan halangan. As menyejukkan hatinya dengan nasihat dan kasih sayang. Juga selalu mendoakan agar Pelangi selamat dan tenang selalu....Begitu juga disebaliknya Pelangi kepada As yang merupakan insan yang menyembuhkan luka dihati.......

Demikianlah kisah diari cinta Pelangi...Ikutilah apa lagi yang akan dihadapi oleh As bagi menyelamatkan Pelangi...


Monday, October 20, 2008

Sayang Pelangi Di Ufuk Senja

Pelangi terus hidup walaupun dirinya hanya tinggal tulang yang menunggu masa untuk jatuh ke bumi.
As ikhlas menyayanginya biarpun dia tahu Pelangi sering memberi semangat kepadanya sewaktu dirinya menghadapi masalah.Kini tiba masanya As membantunya dengan sokongan moral. Kesakitan yang dialaminya begitu memilukan. Setiap kali telefon As berdering, ketika itulah As cuba mengubatinya dengan ayat-ayat Al-Quran secara jarak jauh. Kekuatan datang setiap kali As menghubunginya. As pernah menerima kata-kata Pelangi yang seolah-olah pesanan terakhir....Sayang, demi Allah ku mencintaimu dan tak pernah berprasangka padamu.....Maaf, kerana hatimu terasa, tak ada niat untuk menyinggung perasaanmu....Ku sedia mengalah dari membebani penyakitku padamu....Ku sanggup mati demi kebaikanmu..Pengorbananku terlalu kecil berbanding penghargaanmu padaku...Akanku buktikan dan selepas ini semua akan sirna. Kerana banyak masalah ku terpaksa memilih jalan untuk akhiri sebuah penyelesaian...As takut sesuatu buruk berlaku pada Pelangi yang dulunya pernah banyak kali dikecewakan oleh sikap manusia yang angkuh dengan kebendaan dan kerakusan pangkat duniawi. Nasib As lebih kurang sama cuma kedua-duanya berasal dari status keluarga yang berbeza...namun status duda dan janda telah merapatkan mereka selama ini. Begitu juga minat mereka dalam bidang perubatan Islam telah menyatukan hati mereka. Biarpun kini tiada lagi sesuatu yang pasti tapi bagi As masih ada harapan bagi menyembuhkan penyakit Pelangi iaitu akad nikah antara mereka mesti dipercepatkan agar sumpahan Puteri N itu akan lenyap dengan izin Allah....Jodoh pertemuan adalah qada dan qadar Allah...Tidak pernah terlintas di hati mereka sebelum ini bahawa jiwa mereka yang kosong akan disirami dengan penawar cinta kasih yang suci...Tiada hubungan di luar batasan berlaku antara mereka. Cuma airmata mengiringi segala kesakitan hinggakan Pelangi tidak sedar bahawa kerapkali dia tertidur dalam kesakitan...As masih ingat kata-kata Pelangi...dirikulah yang paling hina di sisimu, nak berdiri dan berjalan dengan betukpun sudah tidak berupaya. Apalagi hendak makan dan pergi ke tempat kerja, dalam keadaan yang terlalu lemah. Banyak kali juga Pelangi jatuh ke tanah malah terpaksa merangkak pula...
Apakah As akan berkorban demi menyembuhkan Pelangi ?? Sama-samalah ikuti kisah yang amat menyedihkan kita ini semoga ada insan-insan yang boleh membantu mereka berdua....



Saturday, October 18, 2008

Pelangi Di Hujung Nyawa

Pelangi dulunya menyinari kehidupan orang lain dengan berusaha menyembuhkan kesakitan orang tapi kini dirinya terasa kaku, kebas, kabur matanya serta pinggangnya bagaikan terputus dua....kesakitan perutnya terlalu sakit bagaikan ada benda sedang memakan segala organ dalamannya. Seluuruh badannya selalu kekejangan teramat sakit. Ramai yang ingin bantuan perubatannya tapi dia tidak mampu lagi. Dia sering juga jatuh dan terlalu lemah. Sumpahan Puteri N kepadanya hanya memerlukan kasih suci dan keikhlasan wanita juga ikatan perkahwinan.
Sukar baginya mencari penawar sehinggalah Pelangi bertemu dengan As.Tapi tidak semudah itu sebab dia tidak mampu dari segi kewangan untuk berkahwin apalagi selalu juga tidak dapat pergi kerja. Mujurlah semasa sihat dulu dia bekerja bersungguh tanpa mengambil cuti. Wajahnya yang ceria dulu kini telah bertukar suram dan seperti menahan kesakitan. Badannya semakin kurus sebab tidak lalu makan. As, tempat baginya untuk mengadu tentang kesakitannya. Airmata selalu menjadi temannya...Perkahwinan jua terlalu sukar dilaksanakan bagi menyelamatkannya tanpa bantuan orang lain.

Ramai juga pak guru dan juga bomoh ditemuinya namun berakhir dengan kegagalan. Pernah Pelangi meluahkan perasaannya yag kecewa....semuanya tidak adil, semuanya telah musnah..hidup dibelenggu sampai mati. Hati suci jiwa sudah mati...apa ertinya. Hidup jadi satu tanda tanya...apa untungnya terseksa begini. Kemuliaan dihitung dengan ketamakan di hujung mata. Lihatlah diriku jadi hina kerana kuasa, cinta, keangkuhan....inilah akhirnya ku dinilai seperti daun kering yang tiada harga,,,,,Jadi mangsa yang matinya tiada tanda, tak berkubur......
Bagaimana cerita seterusnya...ikutilah kisah benar ini ang sungguh menyedihkan dan mengharukan kita yang bernasib baik ini.

Friday, October 17, 2008

Tangisan Pelangi

Pada masa aku menulis ini rasanya pelangi masih bertarung dengan nyawanya....Airmatanya bagaikan permata yang berkilau penuh cahaya yang semakin suram dilanda derita yang tiada siapapun yang tahu dan memahaminya. Pelangi yang banyak membantu orang yang menderita kesusahan dan kesakitan penyakit yang tidak boleh diubati dengan perubatan moden kini akhirnya terpaksa menghadapi kesakitan yang dihadapinya seorang diri. Orang-orang dan rakan-rakan yang dibantunya tanpa meletakkan harga atau bayaran, tidak pernah menjenguknya bila mengetahuinya menghadapi kesakitan yang luar biasa...Dunia baginya tiada erti lagi...tiada isteri tiada anak-anak, rakan atau saudara-mara yang menjaganya.... Bila kesedihan datang, pelangi sering ke kubur ibu dan ayahnya yang dikasihi hingga seringkali tertidur di situ dalam tangisan yang tiada henti. Namun ada juga seorang insan yang memberi kekuatan padanya....Dalam masa 1 tahun insan itu telah berjaya memberi semangat kepadanya yang hampir-hampir hendak membunuh diri apabila pelangi seolah-olah dikuasai oleh kuasa kejahatan yang ingin mencari jiwa yang bersih bagi tujuan ilmu hitam Puteri N. Pertemuannya dengan insan istimewa itu membawa cinta kasih yang suci yang akan menjadi penawar penyakit luarbiasa itu....Walaupun mereka bertemu namun dengan niat yang baik... menjadi fitnah bekas isterinya hinggakan 2 orang anak-anaknya yang kecilpun telah benci padanya...Kebaikan insan itu yang cuba membantu Pelangi secara rahsia telah disalah ertikan. Insan istimewa Pelangi yang bernama As telah dimarahi ibunya apabila bekas isteri Pelangi menghubungi ibu As mengatakan bahawa mereka tidak bercerai...Pelangi juga pernah dihina bekas isterinya bahawa Pelangi tidak akan dapat mengahwini mana-mana wanitapun selepas perceraian antara mereka.Pelangi juga kemudian dimarahi dan dimaki namun oleh ibu As agar meninggalkan As dan pergi jauh dari daerah ini. Kesakitan Pelangi semakin bertambah teruk akibat perbuatan mereka itu. Baginya dunia tidak menerimanya lagi dan tiada gunanya hidup dalam kehinaan insan-insan yang dihormatinya. Dirinya hanya tidak layak untuk hidup bahagia seperti orang lain.....Hari demi hari cuma menanti waktu untuknya menghembus nafas terakhir...namun dia masih cuba pergi ke tempat kerja. Apakah penyakitnya akan sembuh dan cintanya kepada As akan berakhir dengan trajedi atau perkahwinan? Sama-samalah membaca kisah benar ini yang memaparkan cinta terhalang dan apa itu cinta suci. Siapakah As yang sanggup membantu dan menyayangi Pelangi yang tidak setaraf dengannya itu....Benarlah cinta itu buta, tidak mengenal status kedudukan seseorang. Mengapa ada insan yang tidaak menghormati dan memahami erti kasih sayang dan cinta ??.s....Apakah perlu Pelangi mati bagi mengakhiri segala kedukaannnya yang sekian lama??? Begitu kejamnya manusia yang menghukum Pelangi dengan cara yang dikutuk Tuhan...