Bicara Pelangi dalam diari cintanya begitu mengharukan. Baginya As merupakan wanita pertama yang sebenar dicintainya. As adalah cahaya hidupnya yang banyak memberi kekuatan dan semangat kepadanya bagi mengharungi dunia perkahwinan yang bagaikan neraka. Perkahwinan Pelangi yang dulu bukan atas dasar cinta tapi dipaksa bekas isterinya dan tidak direstui oleh aruah ibunya. Masih teringat lagi kisah lamanya semasa perkahwinannya dulu. Biarpun begitu Pelangi cuba berbuat baik dan menyayangi isterinya namun akhirnya barulah dia sedar dirinya hanya diperalatkan saja. Dia perlu patuh setiap arahan isterinya. Wang simpanannya yang berpuluh ribu digunakan untuk membina rumah mereka di atas tanah abang bekas isterinya dulu tidak dapat menginsafkan bekas isterinya yang suka memarahinya. Malah selepas itu Pelangi dihalau keluar dari rumahnya sendiri hinggakan dia terpaksa membawa anak-anak dan bekas isterinya itu tinggal di rumah peninggalan ibubapanya di kampung. Isterinya dulu pernah memukul, mencaci, menghina dengan sesuka hatinya apabila kehendaknya tidak dituruti. Pelangi terpaksa bersabar walaupun dia merasakan diperbodohkan dan dianiayai, dia tidak pernah memarahinya semata-mata mengenangkan anak-anaknya yang sedang bersekolah. Sebaliknya rumahtangga Pelangi yang retak hanya menanti musnah itu musnah jua akhirnya. Pernah isterinya keluar dengan lelaki lain tapi dia tidak berkuasa untuk bersuara dan bertindak. Terasa dirinya berat dan malas untuk menegur perbuatan isteri ketika itu. Bukan itu saja, malah isterinya pernah mengugutnya bahawa hidupnya tidak akan bahagia dengan mana-mana wanitapun. Hanya Allah saja yang tahu penderitaan yang dihadapi oleh Pelangi hinggakan ada orang mengingatkannya bahawa isterinya yang nusyuz itu perlu diberi teguran dan pengajaran. Ada juga orang memberitahu bahawa Pelangi telah dikenakan ilmu hitam oleh isterinya tapi dia hanya mampu mendengar. Mungkin juga ada yang akan membaca lalu ketawa sebab tidak percaya Pelangi dianiayai dan dipukul oleh isteri tetapi mereka-reka cerita seperti kebanyakan lelaki yang sudah jemu dengan isteri masing-masing. Bagi Pelangi dia tidak kisah apa tanggapan orang terhadapnya lagi kerana terlalu tersiksa atas sikap isterinya. Pelangi cuba bersabar atas sikap isterinya yang panas-baran dan tidak menghormatinya sebab mengenangkan anak-anaknya itu. Kesabarannya ada hadnya dan akhirnya dia tidak mahu menjadi lelaki dayus apabila terpaksa memberi pilihan kepada isterinya agar tidak meninggalkan rumahnya pada satu hari atau jatuh talak satu jika berbuat demikian....Jodoh pertemuan dan perpisahan di tangan Tuhan.. Akhirnya kedegilan atau perbuatan yang disengajakan oleh isterinya itu telah menamatkan perkahwinannya itu. Kini sudah satu tahun mereka berpisah tapi si isteri cemburu dengan perhubungan Pelangi dengan As malah ada orang telah menganggapnya sudah gila talak. Bekas isterinya sanggup menyebarkan fitnah kepada keluarga As bagi memusnahkan kehidupan Pelangi dan As.
Airmata Pelangi begitu murah akibat kesan fitnah yang ditaburkan. Begitulah hakikat cinta Pelangi dan As yang murni terpaksa mengharungi cabaran dan halangan. As menyejukkan hatinya dengan nasihat dan kasih sayang. Juga selalu mendoakan agar Pelangi selamat dan tenang selalu....Begitu juga disebaliknya Pelangi kepada As yang merupakan insan yang menyembuhkan luka dihati.......
Demikianlah kisah diari cinta Pelangi...Ikutilah apa lagi yang akan dihadapi oleh As bagi menyelamatkan Pelangi...
Friday, October 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment